Jumaat, 15 April 2011

MENEMPUH HARI ESOK...


Waktu semakin berlalu tanpa boleh diputar kembali. Ada ketikanya kenangan dan kesilapan kelmarin menghantui perjalanan hidup. Bukan sengaja untuk hati dan perasaan melayan jiwa mengingati kesilapan semalam, namun kesilapan itulah yang mengajar kita untuk lebih menghargai setiap detik dan waktu yang bakal tiba. Kadangkala kita leka... sering terlupa dan kecundang mengatur agenda hidup agar langkah tidak keliru dan celaru. Meski kadangkala kita sering terlena, namun aturan hidup yang memerlukan kprihatinan membuatkan kita bangkit dengan seribu kekuatan. Jadikan kenangan semalam sebagai pedoman dan panduan agar esok yang bakal dilalui tidak lagi bertongkat mimpi... Kadangkala mimpi lebih indah daripada realiti, namun hidup ini bukan fantasi...

2 ulasan:

naimah mohd isa berkata...

menarik sekali ulasan Ida. dalam menghadapi hidup, pandang positif terhadap apa sahaja pengalaman yg tlh kita lalui. jika ianya buruk, kita lihat ia sebgai sempadan dalam mendidik anak2, agar ianya tidak berulang lagi. setiap yg buruk itu ada kebaikannya, cuma ia mungkin mengambil masa yg lama utk kita menyedarinya.

E_DA berkata...

Hidup ini pernuh warna-warni. Ada ketikanya seindah pelangi dan ada ketikanya jua mendung meyelubungi. Namun... hadapi segalanya walau dengan seribu kepayahan berteman sejuta kekuatan...