Khamis, 9 Julai 2009

Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak 2009




SMK AHMAD BOESTAMAM menjadi tempat perkampungan para peserta Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak yang diadakan bermula pada 3 Julai hingga 5 Julai 2009. Para peserta hebat-hebat belaka yang telah mempamerkan kesungguhan untuk mengangkat martabat seni silat yang tidak pernah luntur nilai warisannya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar. Sebelum majlis perasmian dimulakan, majlis penutupan gelanggang telah dilakukan dengan penuh adat oleh Dewan Pendekar, Encik Muhammad bin Abdullah. Daerah Larut Matang & Selama telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan merangkul tempat pertama dalam banyak kategori. Daerah Manjung tidak kurang juga hebatnya. Tahniah kepada semua pemenang, para peserta dan semua yang telibat dalam menjulang martabat seni silat.

Lebat angsana di Tanjung Jawi
Sekah dahan melingkung tanah
Martabat silat dinaung pertiwi
Bangkit bangsa mendukung amanah