Sabtu, 11 Julai 2009

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU DAERAH MANJUNG 2009



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Manjung telah diadakan pada 24 Jun lalu. Agak terlewat untuk saya mengutarakan berita ini. Namun saya rasa belum terlewat untuk saya nyatakan bahawa SK Seri Manjung meraih tiga anugerah... iaitu Sekolah Cemerlang (Saya bangga menjadi salah seorang guru SKSM) dan Anugerah Penghormatan Guru untuk Encik Zahidi bin Zulkiffli (Guru Besar Cemerlang) dan Zaridah Zuber (Guru biasa je.....)

Jumaat, 10 Julai 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG PKSR 1 SK SERI MANJUNG 2009





SK SERI MANJUNG telah mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang PKSR 1 pada hari Jumaat, 3 Julai 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Fakherah binti Mohd Irfan, Mantan Guru Besar SK Seri Manjung. Kehadiran Puan Hajah Fakherah telah mengembalikan nostalgia ketika beliau berada di SKSM sebelum bersara wajib. Sumbangan yang telah beliau berikan untuk menjulang nama SKSM tidak dapat disangkal lagi.

Khamis, 9 Julai 2009

Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak 2009




SMK AHMAD BOESTAMAM menjadi tempat perkampungan para peserta Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak yang diadakan bermula pada 3 Julai hingga 5 Julai 2009. Para peserta hebat-hebat belaka yang telah mempamerkan kesungguhan untuk mengangkat martabat seni silat yang tidak pernah luntur nilai warisannya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar. Sebelum majlis perasmian dimulakan, majlis penutupan gelanggang telah dilakukan dengan penuh adat oleh Dewan Pendekar, Encik Muhammad bin Abdullah. Daerah Larut Matang & Selama telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan merangkul tempat pertama dalam banyak kategori. Daerah Manjung tidak kurang juga hebatnya. Tahniah kepada semua pemenang, para peserta dan semua yang telibat dalam menjulang martabat seni silat.

Lebat angsana di Tanjung Jawi
Sekah dahan melingkung tanah
Martabat silat dinaung pertiwi
Bangkit bangsa mendukung amanah