Isnin, 4 Mei 2009

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DISEDIAKAN OLEH PUAN ZARIDAH ZUBER

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2006

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG

32040 SERI MANJUNG

PERAK DARUL RIDZUAN

  1. TAJUK

Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna

2. NAMA PENYELIDIK

Puan Zaridah binti Zuber

  1. ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Manjung,

32040 Seri Manjung,

Perak Darul Ridzuan.

Telefon : 05-6881014

Fax : 05-6889855

E-Mail : SKSMTCC@TM.NET.MY

  1. LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar.

Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan dan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

  1. PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2 Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Saya mesti lakukan sesuatu. Oleh itu, saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

  1. RASIONAL KAJIAN

i) Perlu satu alternatif pengajaran dan pembelajaran bagi mempastikan murid- murid dapat menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dan sapatutnya.

ii) Perlu satu kajian yang membolehkan murid meningkatkan kemahiran

penggunaan huruf besar dalam ayat.

  1. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

Objektif Umum

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. (Lihat tajuk)

Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada

permulaan ayat.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

  1. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seorang guru dan 34 orang murid Tahun 2 Pandai.

9. PELAKSANAAN KAJIAN

9.1 Tinjauan Awal

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan awal terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat. Perincian terhadap masalah ini dapat dilihat daripada aspek kebolehan menulis ayat menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Methodologi yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

b) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.

c) Ujian pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

g) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan iaitu memulakan setiap tulisan dengan warna.

9.2 Perancangan

Berasaskan maklumat yang dikumpul daripada tinjauan awal, guru akan menentukan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran seperti berikut :

i) Aktiviti Item 1

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar

2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di

tempat yang sesuai menggunakan warna.

ii) Aktiviti Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat menggunakan warna)

iii) Aktiviti Item 3

1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di

tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas

noktah menggunakan warna)

9.3 Tindakan

Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu bermula dari bulan Februari. Setiap kali menulis murid akan mendahulukan huruf besar dengan warna biru. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan mengikut pemeringkatan secara bergred dan akan diubah suai setelah saya menjalankan tinjauan awal.

9.4 Pemerhatian.

Aspek yang akan dibuat pemerhatian ialah :

i. Masalah guru dan murid melalui borang soal selidik.

ii. Kekuatan dan kelemahan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran.

iii. Pencapaian murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar setiap kali menulis.

9.5 Penilaian

Penilaian akan dibuat melalui ujian pengesanan, semakan hasil kerja murid, ujian bulanan dan ujian pencapaian.

9.6 Refleksi

Aktiviti refleksi akan dilakukan pada peringkat pelaksanaan berdasarkan ujian pengesanan dan latihan yang diberi. Selepas ujian pencapaian, hasilnya akan dinilai dan direfleksikan secara keseluruhan.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

JENIS BAHAN

KUANTITI X HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1

Kertas A4

1 rim X RM 9

RM 9.00

2

Printer Cartridge

1 X RM 75

RM 75.00

3

Fotostat bahan dan laporan kajian

RM 50.00

4

Kad imbasan kosong

20 set X RM 3

RM 60.00

5

Fail murid

34 X RM 1

RM 34.00

6

Fail guru

1 X RM 3

RM 3.00

7

Marker pen

1set X RM 15

RM 15.00

8

Kertas A4 berwarna

1 rim X RM 9

RM 9.00

JUMLAH

RM 255.00

11. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

Catatan

1

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

3 Februari 2006

2

Menulis proposal kajian

6 Februari 2006

3

Merancang tindakan

13 Februari 2006

4

Melaksanakan tindakan (Tinjauan masalah)

15 Februari 2006

5

Melaksanakan tindakan- aktiviti

item 1

20 Februari 2006

6

Membincangkan masalah yang timbul dalam melaksanakan aktiviti item 1

27 Februari 2006

7

Melaksanakan tindakan – aktiviti

item 2

20 Mac 2006

8

Membincangkan masalah yang timbul dalam melaksanakan aktiviti item 2

27 Mac 2006

9

Melaksanakan tindakan – aktiviti

item 3

3 April 2006

10

Membincangkan masalah yang timbul dalam melaksanakan aktiviti item 3

10 April 2006

11

Ujian untuk mengesan pencapaian murid

24 April 2006

12

Refleksi kajian

26 April 2006

13

Menulis laporan kajian

1 Mei 2006

14

Pembentangan dapatan kajian di sekolah

25 Jun 2006

15

Penyerahan laporan kepada PPD dan JPN

30 Jun 2006

12. KESIMPULAN

Kajian ini perlu dibuat kerana murid selalu cuai dalam penggunaan huruf besar. Murid seringkali tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu, perlu satu teknik yang sesuai bagi menangani masalah tersebut. Dalam kajian ini, teknik warna telah diperkenalkan bagi mengatasi masalah tersebut.