Isnin, 22 Disember 2014

TAKWIM PERSEKOLAHAN & CUTI BAGI NEGERI PERAK 2015




Cuti Bagi Negeri Perak
01 Jan 2015   Khamis
Tahun Baru 2015
Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
03 Jan 2015   Sabtu
Maulidur Rasul
03 Feb 2015  Selasa
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
19 Feb 2015  Khamis
Tahun Baru Cina
20 Feb 2015  Jumaat
Tahun Baru Cina
01 Mei 2015  Jumaat
Hari Pekerja
03 Mei 2015 Ahad
Hari Wesak
06 Jun 2015   Sabtu
Keputeraan YDP Agong
04 Jul 2015    Sabtu
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
17 Jul 2015    Jumaat
Hari Raya Puasa
18 Jul 2015    Sabtu
Hari Raya Puasa
31 Aug 2015  Isnin
Hari Kebangsaan
16 Sep 2015  Rabu
Hari Malaysia
24 Sep 2015  Khamis
Hari Raya Qurban
14 Okt 2015  Rabu
Awal Muharram
10 Nov2015  Selasa
Hari Deepavali
Kecuali Sarawak
27 Nov 2015 Jumaat
Keputeraan Sultan Perak
Perak
24 Dis 2015   Khamis
Maulidur Rasul
25 Dis 2015   Jumaat
Hari Krismas

Jumaat, 30 Mei 2014

TIDAK MENDUGA MALANG BERTIMPA


Kisah kelmarin... malam 25 Mei 2014... keretaku rosak. Pagi 26 Mei 2014, aku menghantarnya ke bengkel dan dijanjikan boleh siap diperbaik pada petang itu juga. Aku lega kerana pagi 27 Mei 2014 aku akan membawa murid ke lokasi pertandingan ke luar daerah. Malangnya, pada pukul 6.50 malam, aku dimaklumkan bahawa keretaku tidak dapat disiapkan kerana rosak teruk... minyak hitam menitik2 ke lantai. Aku diminta oleh tuan punya bengkel untuk meminjam keretanya tapi aku keberatan.Aku terus menghubungi kawan-kawan terdekat walaupun aku mungkin kelihatan mengganggu. Dalam fikiranku terbayang wajah Puan Hajah Maznah Hamzah, Ketua Panitia BM. Percubaan utk menghubunginya gagal. Aku hubungi PK Koku dan alhamdulillah, beliau bersetuju membawa sebahagian daripada murid-murid itu. Sebahagian lagi...? Kepalaku pening memikirkan. Terbayang wajah sahabatku Puan Rosni Ab Samat kerana aku tahu beliau memang tidak pernah berkira jika aku mahu meminta tolong. Aku mengadu nasib dan beliau menawarkan diri utk membantu tapi pada awalnya aku menolak kerana masih mengharapkan smsku dibalas oleh Puan Hajah Maznah Hamzah. Alhamdulillah... selesai masalah pabila beliau memberikan jawapan positif. Namun, siapa menduga...pagi 27 Mei 2014, Puan Hajah Maznah Hamzah sakit perut. Aku berpatah balik meminta tolong daripada Puan Rosni Ab Samat. Mereka pun bergeraklah dan aku masih menanti keretaku siap untuk menyusul kemudian. Jadual waktu hari itu pula ada 8 waktu dan tambah malang lagi apabila aku diminta untuk mengganti kelas cikgu yang menemani suaminya yang menjadi hakim dalam pertandingan tersebut. Pukul 12.45 tengah hari, aku terpaksa tumpangkan muridku ke kelas Puan Ling (TQ Puan Ling) kerana aku dan penemanku Puan Zalina Saat akan bertolak segera ke lokasi. Melayang RM 1200. Namun, Alhamdulillah....yg penting anak-anak muridku selamat pergi dan balik. Terima kasih kepada yg telah membantu. Setiap dugaan Allah, aku terima dengan redha... TAMMMAT....