Sabtu, 27 April 2013

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR (26 APRIL 2013)

Sesi pertama telah berjalan dengan lancar bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.45 pagi di Makmal Komputer SKSM. Terima kasih Puan Kanniga A/P Subramaniam atas kesudian menyampaikan ilmu kepada 50 orang murid SKSM. Sesi seterusnya akan menyusul dalam waktu terdekat ini. Tanpa kertas kerja...tanpa pelawaan secara formal. Hanya sembang-sembang biasa tetapi mereka menyambutnya dengan penuh harapan agar pencapaian UPSR terus meningkat. Terima kasih Puan Hajah Nurainiah binti Haji Nuruddin, Guru Besar Cemerlang SKSM kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk merancang dan melaksanakan apa jua aktiviti untuk murid-murid tahun 6. TERIMA KASIH DAUN KELADI, TERIMA KASIH MENJUNJUNG BUDI.