Khamis, 25 April 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SK SERI MANJUNG (19-20 APRIL 2013 DI HOTEL CITY VILLA, KL)

Bertemakan PENINGKATAN INTEGRITI & BUDAYA KERJA CEMERLANG... Slot pertama bermula dengan tajuk Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Normah binti Mahamad, PK Pentadbiran SKSM. Slot kedua telah saya sampaikan dengan tajuk Protokol & Pengurusan Majlis di Sekolah. Seterusnya slot ketiga yang bertajuk Penataran Standard PBS telah disampaikan oleh Puan Yusmizana dan slot terakhir disampaikan oleh Puan Hajah Nurainiah binti Haji Nuruddin, Guru Besar Cemerlang SKSM. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKSM yang telah memberikan komitmen yang amat baik sepanjang berada di sana.
PUAN HAJAH NURAINIAH BINTI HAJI NURUDDIN, GURU BESAR CEMERLANG SKSM

PUAN HAJAH NORMAH BINTI MAHAMAD, PK PENTADBIRAN SKSM

SAYA...

PUAN YUSMIZANA

TUAN HAJI ZAHIDI BIN ZULKIFFLI, GURU BESAR CEMERLANG SK SERI BAYU TURUT HADIR KETIKA SAYA MENYAMPAIKAN SLOT TENTANG PROTOKOL. 

Dari kiri...PUAN NORIDA BINTI MD MA'AZIN (PK PETANG), PUAN FARIDAH BINTI ARIFFIN  (PK KOKURIKULUM) & PUAN HAJAH DAYANG MAS BINTI AWANG MORNI (PK HEM)

SEMUA PESERTA LADAP DI HOTEL CITY VILLA, KL

SK SERI MANJUNG JOHAN PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK 2013

Buat kali kedua, SKSM dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Negeri Perak yang telah berlangsung pada 12 dan 13 April 2013 di SMK Gerik. Syukur alhamdulillah. Usahaku mengarang ratusan pantun dan mengorbankan sebahagian waktu rehatku tidak sia-sia. Tahniah kepada Ain Faqihah binti Mohd Fahmiraof, Nur Hanim binti Mohd Amin, Nurul Iryani binti Mohd Sani, Nurul Najihah binti Sabri dan Sofie Irdina binti Nazhan.