Isnin, 4 Mei 2009

Rakanku yang telah pergi..... Ros.....

Tanggal 29 April 2009, jam 2.17 pagi.... Aku mendapat berita dari seorang teman. Rakanku Rosmawati binti Mat Isa, Pembantu Penerangan Daerah Manjung telah kembali ke rahmatullah.... Setelah sekian lama dihimpit derita akibat penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu setiap wanita. Dia yang aku kenali, seorang wanita yang tabah menempuh sisa-sisa hidupnya yang masih berbaki walaupun dia mengerti masanya akan tiba untuk menutup mata buat selama-lamanya. Kini yang tinggal adalah anak kecil yang masih menagih kasih ibu. Kehilangan yang pasti sukar dicari ganti....

Rakan sekelasku... Shukri yang baru saja aku kenali kerana sama-sama berkursus di IPG Ipoh turut menerima nasib yang sama. Melihat wajah anak kecilnya yang erat dalam pelukan arwah ibu dalam potret kenangan membuatkan aku menitiskan air mata... Namun, aku dapat melihat ketabahan dalam hati lelaki itu.

Semoga mereka yang ditinggalkan dapat menerima hakikat kehidupan. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.... Al-fatihah....

2 ulasan:

Brahimnyior berkata...

Yang pergi, tetap pergi. Takkan kembali.

Hakikatnya, kematian pasti datang. Kita tidak boleh menafikan hidup kita pendek sebenarnya.

Tapi masih ramai yang kekadang lupa perkara ini, kecuali apabila ditimpa sakit dan uzur. Saya pun, kekadang begitu juga.

Alfatihah untuk Ros dan Syukri.

psssktp berkata...

Bersabarlah menghadapi segala dugaan...setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tanpa kita sedari sebenarnya kita yang menerima dugaan berat ini adalah di antara insan terpilih yang mempunyai seribu kehebatan. Jangan toleh ke belakang lagi.....