Jumaat, 5 Julai 2013

SEMUANYA AKIBAT KELAM‐KABUT...

9 hingga 11 Jun 2013, hampir sebulan masa itu berlalu ketika aku menghadiri Konvokesyen 14 OUM. Syukur alhamdulillah kerana segalanya berjalan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, kenangan yang tercatat ketika sebelum, semasa dan selepas majlis membuatkan aku tersenyum sendiri. 

9 Jun 2013, hanya bertemankan Roslina Husin (rakan seMPPM, seOUM dan turut mendapat anugerah Lulus Dengan Cemerlang sepertiku juga), kami menaiki bas dari Seri Manjung seawal pukul 8.30 pagi. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, bas yang kami naiki sampai ke Hentian Jalan Duta. Kami dapati ramai penumpang turun dan kami juga hampir turun tetapi terpaksa membatalkan niat tersebut kerana kami tak nampak bayang setesen LRT yang berdekatan. Kami meneruskan perjalanan. Sesampainya di Hentian Puduraya, kami terpaksa mencari stesen LRT yang tak tahu di mana letaknya. Puas bertanya, ada yang kata hala ke kanan, ada yang kata hala ke kiri... kami redah sahaja kerana inilah kali pertama kami sampai di situ. Jauh juga kami menapak. Setibanya di kaunter tiket, kami pun bertanya kerana tidak tahu hendak hala ke mana lagi untuk sampai ke stesen LRT yang berdekatan dengan Hotel Vistana. Kawanku pun mengeluarkan wang tunai RM 20 dan petugas kaunter tersenyum..."SERINGGIT LEBIH JE KAK," katanya. Kami ketawa mendengarnya kerana kami sangkakan tambangnya mahal. 

Berbekalkan token yang diberi, kami berjaya melepasi pintu masuk.Alhamdlillah, selamat sampai ke Hotel Vistana. Petang itu juga, kami ke OUM KL untuk mengambil pakaian akademik, menaiki teksi dengan tambang sehala RM15. Tak apalah... asalkan kami dapat sampai ke destinasi. Apabila selesai mengambil pakaian akademik, kami pulang ke hotel  dan tambang balik dengan teksi yang lain, RM10 sahaja. Sesampainya ke bilik, kami mencuba pakaian akademik berkenaan dan alangkah malangnya kerana tudung mahal yang kubeli dengan harga RM 45 tidak sesuai untuk disarungkan dengan topi. Jenuh berusaha namun masih tidak lekat di kepala. Akhirnya, petang itu juga kami keluar berjalan kaki menuju ke Chow Kit. Emm... tak la jauh mana jika berjalan sambil ketawa dan berbual. Tujuan utama hendak membeli tudung yang baharu tapi tak jumpa yang sesuai. Kami terpaksa pulang semula dengan menaiki LRT (sudah pandai sedikit...) kerana kaki sudah sakit dan lenguh berjalan. 

Pagi esoknya (10 Jun 2013) kami ke PWTC. Aku hanya menemani kawanku kerana majlis konvokesyenku keesokan harinya. Kami menaiki teksi dengan tambang RM10. Dekat sahaja dari tempat penginapan. Betul kata saudaraku, jalan kaki seberang sungai pun boleh sampai tapi aku takut tersesat jalan. Maklumlah, ini kali pertama kami akan ke PWTC (kesian...). Sesudah itu, kami berjalan kaki menuju ke stesen LRT untuk balik ke hotel. Malam itu, kami keluar lagi kerana aku masih belum menemui tudung yang sesuai untuk dipakai pagi esok. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk naik LRT menuju ke Jalan TAR. Puas juga mencari dan akhirnya aku temui sehelai tudung yang sesuai dengan baju hanya dengan harga RM10. Tudung mahal aku simpan sebagai kenangan.

Pagi 11 Jun 2013, aku bergegas turun kerana aku perlu berada di PWTC seawal pukul 7.30 pagi. Risau juga kerana takut tidak ada teksi pagi‐pagi begini. Jika tidak ada teksi, kami nekad untuk naik LRT sahaja. Puas juga menapak mencari teksi dan alhamdulillah, ada sebuah teksi di tepi jalan raya. Aku mengeluarkan wang RM15 kerana menyangka tambangnya kekal dengan harga berkenaan tetapi apabila ditanya, RM 3 sahaja katanya. Kalau kami tahu cuma RM3, tentu kami akan cari teksi tepi jalan besar kerana sebelum ini, kami main belasah je asalkan ada.  Selepas mengucapkan terima kasih, kami pun keluar dan bersedia untuk majlis tersebut.

Semuanya selesai. Aku perlu memulangkan jubah akademik tengah hari itu juga kerana kami akan pulang ke Perak pada hari yang sama. Selepas memulangkan pakaian akademik, aku mengambil sijil dan transkrip. Selepas itu, aku diminta ke kaunter khas untuk mengambil cek bernilai RM500 sebagai hadiah Lulus Dengan Cemerlang. Sebelum cek diberi, aku perlu menunjukkan kad pengenalan. Aku letakkan telefon bimbitku di atas meja sementara mencari kad pengenalan. Selesai tugas di kaunter, kami pun pergi ke tempat pemprosesan gambar. Ketika mencari slip gambar di dalam beg tangan, aku dapati telefon bimbitku tiada. Hendak ditelefon, aku telah menukarkan nadanya kepada mud senyap sepanjang majlis berlangsung. Aku kembali menuju ke kaunter khas untuk bertanya. Kalaulah hilang, tak berbaloi aku dapat RM500 tu. Tiba‐tiba namaku dipanggil dan petugas kaunter menunjukkan telefonku. Lega... barang yang aku amat sayang telah kembali ke pangkuan (sungguh tragis). 

Kami pun senang hati keluar dari PWTC dan berjalan pulang. Akibat leka berbual, kami tidak sedar stesen LRT terlepas untuk ke Hotel Vistana. Kami bertanya kepada seorang lelaki India (seorang peguam... aku sempat berbual sebelum dia turun) dan dengan selamba dia berkata... "kalau sembang dalam ni, memang boleh terlepas stesen dan tak dengar pengumuman..." Kami sambut dengan ketawa. Katanya, jangan turun kerana kami akan dibawa ronda satu KL dan akan kembali ke stesen yang asal. Di Perak tak de benda ni...sebab tu kami jadi PERAK...(hanya orang Perak yang faham..hahaha).

Sampai juga kami ke Hotel Vistana. Selepas bersiap‐siap untuk pulang, aku sempat menyambut senyuman dan lambaian tangan seorang warga Pakistan yang tampan... Sebelum aku melangkah keluar pintu, dia memanggilku dan menyatakan sesuatu... BEG TANGANKU TERTINGGAL DI ATAS KERUSI DI LOBI HOTEL!!! Di dalamnya terdapat cek bernilai RM500 sebagai hadiah kecemerlangan daripada OUM dan sebuah Samsung Galaxy Tab yang baharu. Wahai Zaridah Zuber.. kekalutan itulah punca segala‐galanya. 

PENGAJARAN UNTUK SEMUA PEMBACA (JIKA ADA), SETIAP YANG KITA LAKUKAN PERLU DIBUAT DENGAN TENANG DAN JANGAN KALUT. TERIMA KASIH ROSLINA HUSIN, WALAUPUN SAHABATKU INI SEORANG YANG TENANG, APABILA AKU BUAT KALUT, DIA SAMA KELAM KABUT... 
AKU KEMBALI MERINDUI SAAT ITU... 


Sabtu, 27 April 2013

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR (26 APRIL 2013)

Sesi pertama telah berjalan dengan lancar bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.45 pagi di Makmal Komputer SKSM. Terima kasih Puan Kanniga A/P Subramaniam atas kesudian menyampaikan ilmu kepada 50 orang murid SKSM. Sesi seterusnya akan menyusul dalam waktu terdekat ini. Tanpa kertas kerja...tanpa pelawaan secara formal. Hanya sembang-sembang biasa tetapi mereka menyambutnya dengan penuh harapan agar pencapaian UPSR terus meningkat. Terima kasih Puan Hajah Nurainiah binti Haji Nuruddin, Guru Besar Cemerlang SKSM kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk merancang dan melaksanakan apa jua aktiviti untuk murid-murid tahun 6. TERIMA KASIH DAUN KELADI, TERIMA KASIH MENJUNJUNG BUDI. 




Khamis, 25 April 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SK SERI MANJUNG (19-20 APRIL 2013 DI HOTEL CITY VILLA, KL)

Bertemakan PENINGKATAN INTEGRITI & BUDAYA KERJA CEMERLANG... Slot pertama bermula dengan tajuk Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Normah binti Mahamad, PK Pentadbiran SKSM. Slot kedua telah saya sampaikan dengan tajuk Protokol & Pengurusan Majlis di Sekolah. Seterusnya slot ketiga yang bertajuk Penataran Standard PBS telah disampaikan oleh Puan Yusmizana dan slot terakhir disampaikan oleh Puan Hajah Nurainiah binti Haji Nuruddin, Guru Besar Cemerlang SKSM. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKSM yang telah memberikan komitmen yang amat baik sepanjang berada di sana.
PUAN HAJAH NURAINIAH BINTI HAJI NURUDDIN, GURU BESAR CEMERLANG SKSM

PUAN HAJAH NORMAH BINTI MAHAMAD, PK PENTADBIRAN SKSM

SAYA...

PUAN YUSMIZANA

TUAN HAJI ZAHIDI BIN ZULKIFFLI, GURU BESAR CEMERLANG SK SERI BAYU TURUT HADIR KETIKA SAYA MENYAMPAIKAN SLOT TENTANG PROTOKOL. 

Dari kiri...PUAN NORIDA BINTI MD MA'AZIN (PK PETANG), PUAN FARIDAH BINTI ARIFFIN  (PK KOKURIKULUM) & PUAN HAJAH DAYANG MAS BINTI AWANG MORNI (PK HEM)

SEMUA PESERTA LADAP DI HOTEL CITY VILLA, KL

SK SERI MANJUNG JOHAN PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK 2013

Buat kali kedua, SKSM dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Negeri Perak yang telah berlangsung pada 12 dan 13 April 2013 di SMK Gerik. Syukur alhamdulillah. Usahaku mengarang ratusan pantun dan mengorbankan sebahagian waktu rehatku tidak sia-sia. Tahniah kepada Ain Faqihah binti Mohd Fahmiraof, Nur Hanim binti Mohd Amin, Nurul Iryani binti Mohd Sani, Nurul Najihah binti Sabri dan Sofie Irdina binti Nazhan.




Khamis, 6 Disember 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 (Sumber: KPM)



CUTI UMUM TAHUN 2013

Tarikh
Peristiwa
Negeri
1 Januari
Selasa
Tahun Baru 2013Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari
Isnin
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
20 Januari 
Ahad
Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 Januari
Khamis
Maulidur RasulSemua Negeri
27 Januari
Ahad
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor
1 Februari 
Jumaat
Hari WilayahWP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari 
Ahad

Tahun Baru Cina
Semua Negeri
11 Februari
Isnin
Tahun Baru Cina (Hari ke-2)Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mac         
Isnin
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu
29 Mac
Jumaat
Good FridaySabah & Sarawak
15 April
Isnin
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya BersejarahMelaka
19 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
26 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 Mei          
Rabu
Hari PekerjaSemua Negeri
7 Mei        
Selasa
Hari Hol PahangPahang
17 Mei    
Jumaat
Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
24 Mei
Jumaat
Hari WesakSemua Negeri
30 & 31 Mei
Khamis & Jumaat
Pesta Kaamatan SabahSabah & Labuan
1 Jun       
Sabtu
Hari Keputeraan YDPASemua Negeri
1 & 2 Jun      
Sabtu & Ahad
Hari Gawai SarawakSarawak
6 Jun   
Khamis
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai     
Ahad
Georgetown World Heritage City DayPulau Pinang
10 Julai 
Rabu
Awal Ramadan*Johor, Kedah & Melaka
13 Julai  
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua NegeriPulau PinangPulau Pinang
26 Julai
Jumaat
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
8 & 9 Ogos
Khamis & Jumaat
Hari Raya Puasa *Semua Negeri
31 Ogos
Sabtu
Hari KemerdekaanSemua Negeri
7 September
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua SarawakSarawak
16 September
Isnin
Hari Malaysia  
Semua Negeri
5 Oktober
Sabtu
Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri SabahSabah
12 Oktober
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua NegeriMelaka
Melaka
15 Oktober
Selasa
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Semua Negeri
16 Oktober
Rabu
Hari Raya Haji (Hari Ke-2) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
24 Oktober
Khamis
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
2 November
Sabtu
Deepavali Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan
5 November
Selasa
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Semua Negeri
11 & 12 November
Isnin & Selasa
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
22 November
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Johor 
Johor
9 Disember
Isnin
Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor
11 Disember
Rabu
Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
25 Disember
Rabu
KrismasSemua Negeri
* Tertakluk kepada perubahan

Khamis, 29 November 2012

SEMINAR SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012

SEMINAR TERSEBUT TELAH DIADAKAN PADA 24 NOVEMBER 2012 BERMULA PUKUL 8.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG BERTEMPAT DI DEWAN CANSELOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, TRONOH BERTEMAKAN 'PERANAN KOMUNITI DALAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH'. BANYAK MAKLUMAT DIPEROLEH SEPANJANG SESI PEMBENTANGAN YANG DIMULAKAN DENGAN PEMBENTANGAN KERTAS UTAMA OLEH TUAN HAJI SUFA'AT BIN TUMIN, TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN), KPM. PEMBENTANGAN SETERUSNYA OLEH PUAN EE HONG, PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KPM DAN DIIKUTI OLEH PROFESOR DR.SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ DARI UPSI. SESI SETERUSNYA IALAH SIDANG PLENO YANG DIPENGERUSIKAN OLEH DR.ZUBER HASSAN DARI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN DAN DR.MEHANDER SINGH, TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA SEMINAR KERANA MENJADI PENYUMBANG UTAMA DALAM MENJAYAKAN SEMINAR TERSEBUT. Saya hanyalah bertugas sebagai pengacara majlis... mohon maaf andainya ada wajah tersalah pandang, ada nama tersalah sebut, ada kata mengguris rasa. Salam hormat...semoga jumpa lagi.

Isnin, 19 November 2012

Instilling Values Through Pantun


Malay pantun (poem) has long been regarded as a medium to convey thoughts and wishes between two parties. It is part and parcel of the Malay culture which has withstood the test of time. However, modernity brings changes to the way people communicate so much so that pantun has lost its appeal. To arrest the declining popularity ofpantun, especially among young Malays, the Department of Arts and Culture Perak organised an inter-departmental pantun competition recently to rekindle interest in this art form. The final round held at the department’s auditorium in Jalan Caldwell, Ipoh recently, saw over 200 people eagerly prompting their teams on. The team from the Perak Education Department was declared the winner in a closely contested match marked by wisecracks. The exchanges between the ‘sellers’ and ‘buyers’ were witty and at times comical. The winning team took home RM1000 in cash prize while runner-up, RTM Perak, RM700. Pn Zaridah Zuber from JPN Perak was adjudged the contestant with the most creative pantun. She won RM200. Director Abdul Mutalib A. Rahman gave away the prizes.

Instilling Values Through Pantun

Instilling Values Through Pantun

Isnin, 22 Oktober 2012

KEMBARA BUKU 1 MALAYSIA 2012

Daerah Manjung telah terpilih sebagai destinasi terakhir Kembara Buku 1 Malaysia bagi tahun 2012 bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2012. Terima kasih kepada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, para penaja, barisan urus setia dan semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Selasa, 28 Ogos 2012

SEGALANYA SURATAN TAKDIR...

Bulan silih berganti. Ramadan pergi dan Syawal pula menyusul ganti. Dalam kita bergembira, ramai juga yang berduka. Ketentuan yang sudah tertulis...14 Ogos 2012, ibu kepada anak didikku meninggal dunia di HSM. Sehingga hari ini kelibatnya masih belum muncul sejak sekolah dibuka Isnin lalu. 21 Ogos 2012, ibu kepada Nor Azman, murid SKKDSK juga telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan ngeri di Bukit Grik. 24 Ogos 2012, aku menerima berita tentang pemergian ibu kepada rakan baikku semasa kecil, Zahar. Ibunya terlalu banyak berjasa kepada keluarga kami dulu. Hari ini, aku mendapat berita kembalinya ke rahmatullah Cikgu Ahmad Zazili, mantan PK 1 SKSM pada 25 Ogos 2012. Sudah tersurat segalanya. Hidup ini penuh warni-warni. Segalanya akan datang dan bakal pergi. Semoga yang ditinggalkan tetap tabah menghadapi ujian Allah. Al-fatihah... 

Ahad, 27 Mei 2012

SK SERI MANJUNG JOHAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK 2012

PERTANDINGAN TELAH DIADAKAN PADA 25 & 26 MEI 2012 DI SMK DR.BURHANUDDIN, TAIPING. SYUKUR ALHAMDULILLAH, KERANA USAHAKU UNTUK MENGEKALKAN KEASLIAN PANTUN SEBAGAI SENI WARISAN TURUN TEMURUN MEMBUAHKAN HASIL YANG LUMAYAN. PEMANTUN-PEMANTUN DARI SKSM BERJAYA MENJUAL DAN MEMBELI PANTUN DENGAN INTONASI DAN SUSUNAN KATA YANG TEPAT.  TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PEGAWAI DARI PPD MANJUNG, BARISAN PENTADBIR SK SERI MANJUNG, RAKAN-RAKAN GURU DAN SEMUA YANG TERLIBAT. TAHNIAH KEPADA BARISAN PEMANTUN CILIK DARI SKSM DAN TAHNIAH JUGA KEPADA NUR ADLINA ATHIRAH BINTI MOHD AZHAR KERANA TURUT DINOBATKAN SEBAGAI PEMANTUN TERBAIK.

KENANGANKU SEBAGAI PENGACARA MAJLIS HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA AKU DIBERI PELUANG UNTUK MELONTARKAN BAIT-BAIT BICARA DALAM MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 YANG TELAH DIADAKAN PADA 16 MEI 2012 DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR YANG TURUT DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI TV1...

Rabu, 28 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSM (24 MAC 2012)

MAJLIS PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATIN SERI CHAN TAT CHIN, ISTERI YB MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA