SETELAH LAMA BERCUTI, KINI MASANYA TIBA KEMBALI... SELAMAT MELANGKAH KE ALAM PERSEKOLAHAN YANG PENUH WARNA WARNI. KINI, MUNGKIN ANDA MASIH TIDAK TERASA BETAPA INDAHNYA ALAM PERSEKOLAHAN TETAPI SETELAH ANDA MELANGKAH KELUAR, PASTINYA ZAMAN ITU AMAT DIRINDUI. ANDAINYA DAPAT DIPUTARKAN MASA, RASANYA INGIN KEMBALI MENGULANGI DETIK KENANGAN BERSAMA GURU-GURU DAN TEMAN-TEMAN SEBAYA. OLEH ITU, HARGAILAH SETIAP DETIK DAN KETIKA YANG ADA. BINALAH KEJAYAAN DARIPADA SEGENAP RUANG DAN PELUANG KERANA MASA TIDAK AKAN MENUNGGU KITA. BERTERIMA KASIHLAH KEPADA GURU YANG MEMBERI ILMU DAN HARGAILAH PENGORBANAN IBU BAPA YANG TELAH BERBELANJA BESAR UNTK MELIHAT ANAK-ANAK ANGGUN DAN MEGAH MELANGKAH DENGAN KELENGKAPAN SERBA BAHARU. JANGAN LUPA... KEJAYAAN TIDAK AKAN BERERTI JIKA TIDAK DISULAMI JIWA DAN HATI DENGAN KEPERIBADIAN MURNI. CABARAN DAN PERJUANGAN ADALAH RAKAN PENGALAMAN. INSYAALLAH... KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA...
Isnin, 2 Januari 2012
Ahad, 1 Januari 2012
TRAGEDI DI AMBANG 2012
Berkongsi cerita duka daripada BRAHIM NYIOR: Kemalangan Ngeri Di Jalan Lekir-Sitiawan Membuka Tirai 2012
Rabu, 7 Disember 2011
BELAJAR LAGI...
Hari peperiksaan untuk pelajar OUM bakal kembali lagi bermula 14 Disember 2011. Begitu jugalah dengan rakan-rakan seangkatan yang menyambung pembelajaran di institusi pengajian yang lain. Ketika inilah kami mula mentelaah dan menyemak apa yang ada dalam modul yang selama ini tersimpan rapi dan hanya dibuka ketika kelas bermula sebanyak 5 kali untuk 1 semester. Sasaat pun begitu berharga sehingga masih lagi membuka modul dan nota sementara menunggu waktu solat di surau. Buku yang masih rapi ini menjadi saksi dan bukti betapa rajinnya rakan-rakanku...Membaca dan terus membaca tetapi hanya sedikit sahaja yang tersangkut dalam kepala. Aduhai...beginilah rupanya kalau belajar dalam usia yang hampir senja. Benarlah kata orang... ubat tidur yang paling mujarab ialah membaca buku-buku ilmiah. Emm... Walau bagaimanapun, tahniah untuk rakan-rakanku yang seringkali skor A dan pastinya akan melompat kegembiraan sehingga lupa tentang sendi lutut yang sudah ketat dan tulang belakang yang sudah bengkok. Tahniah juga kerana kita masih bersemangat untuk belajar walaupun pelbagai kekangan terpaksa dihadapi memandangkan tugas dan tanggungjawab yang sedia ada menanti di rumah dan di sekolah kerana kita adalah warga pendidik yang sentiasa mencari ilmu untuk membuktikan bahawa kita adalah bangsa Malaysia, mendidik tanpa rasa jemu, terus mengangkat harjat dan martabat, gagah perkasa dan terhebat....
Isnin, 28 November 2011
OPAH DALAM KENANGAN...JUMAAT, 25 NOVEMBER 2011
Ya Allah
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah
Lindunglah nenda dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, berkatkanlah timbangan kebaikannya, tingkatkanlah darjatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah
Lindunglah nenda dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, berkatkanlah timbangan kebaikannya, tingkatkanlah darjatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Sabtu, 10 September 2011
BERUSAHA DAN BERDOA... SELAMAT BERJAYA
Doa Menghadapi Peperiksaan Buat Anak-anak Tersayang
(UPSR 2011 pada 13-15 September)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
(UPSR 2011 pada 13-15 September)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
Isnin, 29 Ogos 2011
PENGHUJUNG RAMADHAN... PERMULAAN SYAWAL.
SEMOGA MASIH BERKESEMPATAN UNTUK KITA KEMBALI BERTEMU DENGAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG... MOHON MAAF ANDAINYA ADA KATA YANG MENGGURIS HATI, ADA BICARA YANG MENYENTUH NALURI. SALAM AIDILFITRI... UCAPAN IKHLAS NAN TULUS DARI SANUBARI...
Isnin, 25 Julai 2011
Cameron Highland De Awana Muslim Apartment: Living Room Living Room with Dining Table Master B...
Cameron Highland De Awana Muslim Apartment: Living Room
Living Room with Dining Table
Master B...: "Living Room Living Room with Dining Table Master Bedroom with Second Bedroom Master Bedroom Third Bedroom Toilet B..."
Living Room with Dining Table
Master B...: "Living Room Living Room with Dining Table Master Bedroom with Second Bedroom Master Bedroom Third Bedroom Toilet B..."
Khamis, 14 Julai 2011
SETELAH 21 TAHUN...
HARI INI 14 JULAI... GENAP 21 TAHUN AYAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. TERLALU JAUH WAKTU ITU TELAH AKU TINGGALKAN NAMUN INGATANKU KEPADANYA TAK PERNAH PADAM. SEMOGA DIA TERUS AMAN DI SANA... BERSAMA SEJUTA RINDU DAN IRINGAN DOA SABAN WAKTU.
Khamis, 7 Julai 2011
Ahad, 19 Jun 2011
BELASUNGKAWA AMIRUL FAKIR- MINGGUAN MALAYSIA 19 JUN 2011
Utusan Malaysia Online - Sastera
Belasungkawa Amirul Fakir
Oleh Raja Ahmad Aminullah
Dalam sebuah sajaknya mengenderai Sang Angin, Amirul Fakir menulis:
Dalam sebuah sajaknya mengenderai Sang Angin, Amirul Fakir menulis:
Sejadah yang berdarah.
Aku sering mendengar deru
sesekali kuhirup nyamannya
sesekali terkesiap oleh lecutan
yang melukakan.
Aku sering mendengar deru
sesekali kuhirup nyamannya
sesekali terkesiap oleh lecutan
yang melukakan.
Aku juga terpesona pada serumu:
“kenderailah ia sebelum terlewat
kerna di pulau itulah destinasi kita”,
laungmu berulang kali.
Aku melihat kau
alon-alon mengenderainya
di hujung sana pulau impian itu
berbalam-balam
suaramu semakin bergetar
berbaur dalam siutan terakhir.
*(Daripada kumpulan sajak Fosil,
Rumah Penebitan Suara Suara 2006)
Barangkali antara kesan hasil daripada dunia perbukuan dan penulisan adalah, sepertimana yang dikatakan oleh seorang ahli falsafah Jepun, untuk merakam ‘traces of dreams’.
Dan kalaulah itu benar, maka Amirul Fakir melalui kumpulan sajaknya Fosil dan kemudian antologi cerpennya Mea Culpa, telahpun berupaya meninggalkan legasi atau warisannya itu.
Ibnu Khaldun ahli falsafah, sosiologi dan sejarawan telah banyak mengingatkan masyarakat sezamannya mengenai perkara ini. Pengarang Muqadimah itu berulangkali menyebut peri pentingnya dunia penulisan dan penghasilan buku dalam upaya untuk membangun sesebuah tamadun. Pada tahun 1375, Ibnu Khaldun pernah mengkritik tindakan penguasa atau elit masyarakat pada zaman sebelumnya sering membakar buku dalam usaha untuk mengabsahkan pemerintahan yang baru.
Amirul Fakir atau nama sebenarnya Amiruddin bin Hussin dilahirkan pada 8 April 1967 di Ipoh , Perak telah kembali ke rahmatullah pada 10 Jun lalu. Amirul adalah seorang penyair , penulis, penterjemah dan editor bebas. Beliau pernah bekerja dengan Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Kuantan pada tahun 1980-an. Dia terlibat dengan penubuhan kelompok Angkatan 21. Antara kawan-kawan rapatnya yang juga menjadi inspirasinya adalah Marsli N.O.
Di sebalik senyumnya yang hampir tak pernah kering sewaktu bersama dengan kawan-kawan, dia juga merupakan seorang yang intens dan serius apabila bersama sembang-sembang ataupun wacana informal mengenai dunia seni, budaya dan peranannya dalam pembinaan minda bangsa dan tamadun manusia.
Dalam hal ini dia amat percaya pada pentingnya peranan seniman, penulis, penyair dan aktivis budaya dalam mengerakkan hasrat ini. Dalam catatan ringkasnya bertajuk Memalsukan Kesenimanan yang tersiar dalam majalah Suara Seni Mei 2003, Amirul menulis:
"(Kerana seniman) telah memilih landas ini sebagai suatu cara untuk memperjuangkan kebenaran dan bersiaga memancung setiap yang bernama kebatilan, segala musibah yang menabrak pasti menjadikan ia bertambah sigap dan tidak mudah pula dihinabobokkan.
“Hasrat mulus untuk membebat segala yang bernama kebejatan, menyeret seorang seniman atau sasterawan mengharungi segala kejerihan dalam kehidupan realitinya dengan penuh rasa pasrah tanpa sama sekali menuding ke arah massa dengan maksud menyalahkan. Malahan ia tetap tegar bersama harapan bahawa akan muncul juga segala yang menjadi idamannya.”
“Tetapi apakah penyataan itu sesuatu yang telah dimeterai oleh para seniman atau sasterawan secara alami atau ia sekadar retorik sang seniman untuk menyembunyikan kaduk-kaduk yang akan tampil pada situasi tertentu. Sembari sebelah lengan diacungkan, menuntut kebenaran manakala sebelah pula menggapai mahu memiliki material yang disodorkan dan tentunya dengan sederetan syarat yang memualkan.
Apakah sudah ada senyuman yang merelakan dirinya didandan dengan kostum si badut dan bersedia pula untuk membeber wejangan para oportunis hanya kerana tergiur oleh bayangan material atau nama yang bakal dinobatkan di persada seni”.
Saya teringat kepada apa yang ditulis oleh Amirul dalam eseinya Biar Berjuang Untuk Kebenaran mengenai pelancaran kumpulan sajak pertama saya, Menyarung Jiwa oleh Sasterawan Negara Muhammad Hj Salleh. Amirul telah menulis seperti berikut. “Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh telah memulakan bicara seni dengan melontarkan ungkapan sinis, antaranya, “ini bukan zaman seni, ini zaman menyingkirkan seni!”, “ini zaman mendapatkan MBA!” dan “ini adalah suatu zaman yang tidak mencari puncak falsafah, tetapi suatu zaman mencari puncak material dan keuntungan"
Kini Amirul telah pergi, pulang kepada rahmat al-Khaliq. Bagi kita yang telah mengenal dan bertuah bersama-sama dengannya, marilah kita kenang keberadaanya di dunia ini dengan memanfaatkan warisannya. Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan semua sudut pandangnya, itu merupakan perkara kedua. Yang penting dia seorang yang meraikan ide dan wacana, meskipun gerak gerinya terbatas berbanding dengan seniman-seniman dan penulis tersohor yang lebih mudah untuk bergerak ke sana sini.
Si Burung Hijau
Tidak ada gigil bergayut di dada
saat algojo menajamkan gelap di mata
yang bergeming, hanya alon-alon
berbenturan disela-sela serakan awan
kepak mulusmu kedengaran di kuping
menandai doa yang di titik di pada nyala
berani telah dimakbulkanNya
dan para malaikat dalam arakan cahaya
menguliti tembang kudus tatkala dempangan
kepak merafak ; semakin panar dari
aroma mersiu menerombosi cakerawala mimpi
mengitari petala demi petala surgawi
menyeru tentang bersemayamnya para
syuhada terpilih ini.
* (Puisi Si Burung Hijau karya Amirul Fakir dari antologi Anti Perang: YKP, 2003)
Ahad, 12 Jun 2011
PERGINYA SEORANG SAHABAT... 10 JUN 2011
Sudah lama aku mengenalinya. Sudah lama juga aku turut merasa keperitan yang ditanggungnya dan sudah lama juga aku tidak menemuinya lantaran kesihatannya yang tidak seperti dulu...ketika aku terpesona mendengar lontaran tenaga dalam puisi-puisi yang dideklamasikannya. Dia pernah membawaku ke gerbang puisi dan dia pernah bersamaku minum secawan kopi dan bicara soal seni... Dia pernah memberiku semangat ketika aku tewas dalam sayembara... dan aku pernah memberinya semangat untuk meneruskan kehidupannya yang tidak lagi seperti dulu. Dia pernah mengucapkan terima kasih kerna aku sentiasa mengerti arti puisi dan seni tetapi aku tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih kepadamu... Allahyarham Amiruddin Hussin @ Amirul Fakir kerana menjadi sahabatku...dan terima kasih kerana sebuah puisi yang pernah kau ciptakan untukku... Ya Allah...ampunkan segala dosa-doasanya... dan tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Rabu, 25 Mei 2011
Sabtu, 21 Mei 2011
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSM KE-53 2011
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Sri DiRaja Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana telah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan malam tadi. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berbahagia Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa, Pengarah Pelajaran Perak dan semua yang hadir. Gemilangnya percikan sinar malam itu, mengajak kita bersatu. Melestarikan impian berpadukan tindakan praktikal. Kita nyalakan bara impian dan obor semangat menerangi hamparan harapan. Melatari dunia kesukanan dengan kehebatan 1 murid 1 sukan. Tangkas menguasai galeri kemahiran dan kecerdasan. Kita bina entiti imej berprestij melatari pentas dunia. Disanjungi warga jagat. Bangsa Malaysia gagah perkasa dan terhebat. Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia terbanyak. 10,845 Cahaya Perpaduan 1 Malaysia menghiasi persada majlis, sebagai lambang kekuatan dan kemegahan warga , yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita satukan menjadi seberkas kekuatan kerana kita adalah satu bangsa, satu Negara, satu Malaysia.
Ahad, 15 Mei 2011
HARI GURU HARI PENUH ERTI... 16 MEI
Marilah, kita berpadu bakti mesrakan anggun pekerti
Mewarnai gemilang peribadi dengan kehalusan nurani
Melanskapkan rimbunan kasih pada pertiwi
Menunjang akar keperibadian murni
Santun mendidik agar ilmu diwarisi
Ayuh kita bersatu menggenggam amanah yang diberi
Kerna kita punya hati dan nilai kasih sewangi kasturi...
SELAMAT HARI GURU...
Sabtu, 7 Mei 2011
KERANA DIA IBU YANG TERBAIK...
Bertuahnya kita kerana dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita yang mulia. Nasib seseorang tidak sama. Ibuku mengharungi pelbagai kisah suka duka dalam rentetan sejarah perjalanannya. Namun dia begitu tabah mengharunginya tanpa sekelumit kesal atau kecewa. Bukan mudah mengharungi hidup membesarkan anak-anak sendirian bersama keperitan hidup yang dihimpit kepayahan tatkala ayah telah tiada. Namun dia begitu tabah dan senantiasa tersenyum. Namanya begitu indah... Farida Ainon binti Mahmud... dilahirkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 7 Mei 1950. Berkulit cerah dan berwajah ayu. Dialah ibuku yang terbaik. Selamat Hari Ibu...Baktimu sekilau permata, budimu seindah mutiara...
Jumaat, 22 April 2011
SUDAH KETENTUANNYA...
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Arwah ayahku hanyalah seorang buruh kasar. Emak pula seorang suri rumah. Namun, zaman itu telah jauh aku tinggalkan. Andainya dapat diundurkan masa, pasti kupilih untuk kembali ke detik itu. Aku terus menelusuri daerah kehidupan yang semakin lama semakin mendewasakan aku. Setiap saat segalanya pasti berubah. Begitu jugalah dengan kehidupan yang telah dan akan kita lalui. Seperti aku suatu ketika dahulu... segalanya musnah apabila tiba-tiba ayah diserang angin ahmar. Ayah tidak lagi mampu untuk bekerja bagi menyara kehidupan kami sekeluarga. Akhirnya ayah bersara dan kami pun balik ke kampung halaman. Daerah kecil itu telah banyak mengajar aku erti hidup yang sebenarnya. Kehidupan yang sederhana itu menjadi agak sempit. Belanja perubatan ayah...belanja persekolahan...belanja harian... tidak lagi semewah ketika ayah masih sihat. Aku tidak lagi punya kawan sepermainan seperti semasa aku kanak-kanak dulu... kawan untuk berkongsi cerita suka dan duka. Zaman kanak-kanakku sudah berakhir dan ketika usia 15 tahun, aku perlu berdikari demi meringankan beban emak. Aku sering berharap agar segalanya akan berubah dan ayah akan kembali sihat seperti dulu. Namun, sehingga akhir hayatnya, ayah tidak mampu untuk berdiri apatah lagi hendak menguruskan diri sendiri. Sebelah kanan anggotanya sudah tidak berdaya. Aku terima ketentuan takdir. Segalanya sudah tertulis. Kini, segalanya telah berubah... Sudah hampir 21 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Ingatanku terhadapnya tetap ada dan sesekali kelibatnya akan melintas di ruang fikiran... Mungkin kerana aku rindu...
Langgan:
Catatan (Atom)
































