Kisah kelmarin... malam 25 Mei 2014... keretaku rosak. Pagi 26 Mei 2014, aku menghantarnya ke bengkel dan dijanjikan boleh siap diperbaik pada petang itu juga. Aku lega kerana pagi 27 Mei 2014 aku akan membawa murid ke lokasi pertandingan ke luar daerah. Malangnya, pada pukul 6.50 malam, aku dimaklumkan bahawa keretaku tidak dapat disiapkan kerana rosak teruk... minyak hitam menitik2 ke lantai. Aku diminta oleh tuan punya bengkel untuk meminjam keretanya tapi aku keberatan.Aku terus menghubungi kawan-kawan terdekat walaupun aku mungkin kelihatan mengganggu. Dalam fikiranku terbayang wajah Puan Hajah Maznah Hamzah, Ketua Panitia BM. Percubaan utk menghubunginya gagal. Aku hubungi PK Koku dan alhamdulillah, beliau bersetuju membawa sebahagian daripada murid-murid itu. Sebahagian lagi...? Kepalaku pening memikirkan. Terbayang wajah sahabatku Puan Rosni Ab Samat kerana aku tahu beliau memang tidak pernah berkira jika aku mahu meminta tolong. Aku mengadu nasib dan beliau menawarkan diri utk membantu tapi pada awalnya aku menolak kerana masih mengharapkan smsku dibalas oleh Puan Hajah Maznah Hamzah. Alhamdulillah... selesai masalah pabila beliau memberikan jawapan positif. Namun, siapa menduga...pagi 27 Mei 2014, Puan Hajah Maznah Hamzah sakit perut. Aku berpatah balik meminta tolong daripada Puan Rosni Ab Samat. Mereka pun bergeraklah dan aku masih menanti keretaku siap untuk menyusul kemudian. Jadual waktu hari itu pula ada 8 waktu dan tambah malang lagi apabila aku diminta untuk mengganti kelas cikgu yang menemani suaminya yang menjadi hakim dalam pertandingan tersebut. Pukul 12.45 tengah hari, aku terpaksa tumpangkan muridku ke kelas Puan Ling (TQ Puan Ling) kerana aku dan penemanku Puan Zalina Saat akan bertolak segera ke lokasi. Melayang RM 1200. Namun, Alhamdulillah....yg penting anak-anak muridku selamat pergi dan balik. Terima kasih kepada yg telah membantu. Setiap dugaan Allah, aku terima dengan redha... TAMMMAT....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan