Rabu, 1 Julai 2015

AKU & DUNIA BAHARU

23 TAHUN DI SKSM MEMBUATKAN AKU BEGITU SELESA. APATAH LAGI RUMAH BERKONGSI PAGAR DENGAN SEKOLAH. SEKOLAHKU YANG PERTAMA DAN KUIMPIKAN MENJADI YANG TERAKHIR BUATKU SEHINGGA TAMAT PERKHIDMATAN. NAMUN, SEGALANYA BERUBAH APABILA AKU MENDAPAT SURAT LANTIKAN SEBAGAI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DI SKSSMR. ALHAMDULILLAH KERANA JARAKNYA TIDAK SAMPAI 3 KM DARI RUMAH. SUASANA BAHARU, RAKAN BAHARU DAN SEGALANYA SERBA BAHARU. BUKAN MUDAH UNTUK AKU MENYESUAIKAN DIRI DARIPADA SEORANG GURU BIASA YANG SENTIASA KALUT DAN SERBA KELAM-KABUT DENGAN 28 WAKTU MENGAJAR SEMINGGU MENJADI SEORANG GURU YANG LEBIH BANYAK MENGHABISKAN WAKTU DI PEJABAT. DUDUK DALAM BILIK SERBA LENGKAP, MELIHAT FAIL YANG TERSUSUN RAPI DI RAK, BERCAKAP APABILA PERLU DAN MASUK MENGAJAR HANYA 12 WAKTU. TERMENUNG PANJANG TATKALA MULA-MULA MENJEJAKKAN KAKI KE SINI SEHINGGA AKU DAPAT MENYESUAIKAN DIRI. KINI... SETELAH DUA MINGGU BERKHIDMAT DI SINI, AKU MULA BIASA DENGAN SITUASI SEKELILING. SEKOLAHKU YANG KEDUA INI, MENGAJARKU MENJADI LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN KERJAYA. AKU DAN DUNIA BAHARU, KINI SEMAKIN SERASI. TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MEMBERIKU PELUANG... PERUBAHAN PALING KETARA DALAM DIRIKU... AKU TIDAK LAGI BOLEH MENYANYI, MENARI DAN MENEROKA ALAM MUZIK DENGAN KUMPULAN KESENIANKU, WARIS SENI BESTARI. AKU JUGA TAK BOLEH GELAK KUAT-KUAT. AKU KINI LEBIH BERSOPAN SANTUN... (TAK TAU LA SAMPAI BILA AKU BOLEH JADI PENDIAM CAMNI... HADOIII....)