Selasa, 28 Ogos 2012

SEGALANYA SURATAN TAKDIR...

Bulan silih berganti. Ramadan pergi dan Syawal pula menyusul ganti. Dalam kita bergembira, ramai juga yang berduka. Ketentuan yang sudah tertulis...14 Ogos 2012, ibu kepada anak didikku meninggal dunia di HSM. Sehingga hari ini kelibatnya masih belum muncul sejak sekolah dibuka Isnin lalu. 21 Ogos 2012, ibu kepada Nor Azman, murid SKKDSK juga telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan ngeri di Bukit Grik. 24 Ogos 2012, aku menerima berita tentang pemergian ibu kepada rakan baikku semasa kecil, Zahar. Ibunya terlalu banyak berjasa kepada keluarga kami dulu. Hari ini, aku mendapat berita kembalinya ke rahmatullah Cikgu Ahmad Zazili, mantan PK 1 SKSM pada 25 Ogos 2012. Sudah tersurat segalanya. Hidup ini penuh warni-warni. Segalanya akan datang dan bakal pergi. Semoga yang ditinggalkan tetap tabah menghadapi ujian Allah. Al-fatihah...